Banner Khas


Banner rasmi khas untuk kedaikraft Lihat Statistik
BUAT MASA INI TEMPAHAN DITUTUP SEMENTARA. SILA LIHAT CRAFTZEE UNTUK MELIHAT PRODUK YANG DIJUAL .

Sunday, December 16, 2012

Cara buat kraftangan penguin comel

Selepas mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Craftzee, blog ini bukan hanya memfokuskan kepada penjualan produk kraftangan sendiri sebaliknya akan berkongsi beberapa perkara berkaitan kraftangan. Untuk entri ini pihak kami berkongsi satu kraftangan penguin yang comel. 

 Bahan yang diperlukan :- 
1. Botol minuman plastik  
2. Cat warna (watercolour)
        3. Kain 

Cuba lihat kaedahnya melalui gambar ni 


Memang cute kan, kraftangan ni. Boleh dijual kalau anda bijak memasarkannya.Untuk makluman anda, kraftangan ini kami jumpa di internet dan jujurnya kami masih belum mencubanya lagi. Tapi saya yakin anda boleh. * Craftzee adalah nama page fb page bagi kami. Untuk dapat info terkini, sila like fb Craftzee

Friday, December 14, 2012

Beg Pandan Bunga telah dihantar

Beg pandan bunga telah dihantar ke Sarawak melalui poslaju. Memang tiada untung dalam transaksi ni.


Wednesday, December 12, 2012

Pakej Harga Habis Stok



Harga gila runtuh. Takkan dapat harga ni di mana-mana kecuali penjual nak habiskan stok dan tak fikir untung.
(Pakej harga habis stok telah ditutup pada 12 Januari 2013. Harga kembali ke asal)

Beg Pandan Bunga (2 set)
Harga Penghabisan Stok November : RM50
Harga Habiskan Stok : RM20
Anda Untung : RM30 (TELAH JUAL)
Harga Kotak Kayu asal : RM50
Harga Beg Pandan : RM10
Harga Caj Penghantaran : RM10
Pakej Beg Pandan + Kotak Kayu : RM40 RM 
Anda Untung :RM40 


Beg Pandan (1 set)
Harga Penghabisan Stok
Besar + Kecil : RM15
Harga Habiskan Stok : RM10
Anda Untung : RM5



** Terhad untuk  stok yang masih Ada

Berminat cepat isi borang tempahan atau hantar emel ke kedaikraft@gmail.com

Thursday, November 1, 2012

Hantar Beg Pandan Bulat dan Replika Samurai

Penghujung Oktober 2012, berjaya menjual beg pandan bulat dan replika samurai untuk jualan penghabisan stok November 2012. Penghantaran menggunakan kourier Skynet dan bayaran kos penghantaran adalah RM23.00. Caj penghantaran adalah mengikut saiz kotak yang digunakan iaitu 49 cm (l)x 39 (b) cm x 27(h) cm.
Pembayaran telah dilakukan oleh pembeli pada 31 Oktober 2012 sebanyak RM40.00. Kalau diikutkan harga pembelian dan kos yang ditanggung memang terdapat kerugian disitu dan pembeli memang mendapat keuntungan lebih. Tapi tak mengapa kerana saya ingin menghabiskan stok-stok lama ini.

Sedikit gambar berkaitan transaksi

Beg Pandan dan replika samurai yang dihantar


Kotak yang digunakan untuk menghantar barang. Bukan komputer dalam ni


Tracking ID dari skynet

Tracking ID baru di collect di Melaka.. Insyaallah esok tiba ke destinasi.









Friday, August 31, 2012

Jualan penghabisan stok November 2012

Salam 1Malaysia,

Kedaikraft sedang dalam proses untuk menghabiskan stok lama  yang ada. Jadi, bila jualan nak habiskan stok pasti harga yang akan diberi pasti menguntungkan anda semua. Berikut merupakan barang-barang yang termasuk dalam senarai itu :-

1) Beg Pandan Bunga
Sesuai dibawa untuk majlis-majlis. Cantik dan unik.




Harga Biasa : 
1 beg : RM50

Harga jualan stok : RM40 ( 3 set beg. 2 besar 1 kecil). 
Saiz Beg panjang 45 cm x 15 cm lebar x 30 cm
Kos Penghantaran : RM10


2. Beg pandan bulat
Cantik untuk dibawa ke majlis-majlis.



Harga biasa : RM50

Harga habis stok : RM20 ( 2 beg, besar dan sedang)
Saiz Beg panjang 40 cm x 18cm lebar x 30 cm
Kos Penghantaran : RM10

( Telah selesai.. )

3. Replika Samurai


Harga biasa : RM30 seunit

Harga habis stok : RM10 ( hanya untuk satu unit dalam stok sahaja)
Kos Penghantaran : RM10

(Telah Selesai)


4. Beg pandan


Harga Biasa :
Besar : RM16
Kecil : RM12

Saiz :
33cm panjang x 10 cm lebar x 27cm tinggi beg x 18 cm tinggi pemegang

Harga Habis Stok
Besar + Kecil : RM15 
Kos Penghantaran : RM10 (tak kira berapa kuantiti asalkan kurang dari 10 unit..)


Tinggal 10 set sahaja lagi



Sila isikan borang atau hantar emel kepada kedaikraft@gmail.com. Cepat!! Akan dipromosi juga di facebook dan mungkin ramai yang berkenan tu..







Sunday, July 22, 2012

Etsy.com - Laman web bahan kraftangan terkemuka

Kali ini saya ingin memperkenalkan laman web bahan kraftangan atau sebarang benda yang dibuat melalui hasil tangan terkemuka iaitu Etsy.com. Laman web ini mempunyai pelbagai kategori yang boleh dipilih untuk anda beli ataupun jual. Laman web ini amat menarik bagi mencari atau menjual barang-barang buatan sendiri atau kenalan. Yang pasti ianya adalah hasil tangan. Pihak kedaikraft juga sedang dalam perancangan untuk memiliki sebuah kedai online di sana memandangkan prospek online adalah tinggi. Cuma buat masa ini pihak kami sedang menumpukan usaha untuk mencari modal bagi memastikan projek ini berjaya. Jika anda berminat boleh melawat laman web ini di alamat http://etsy.com

Saturday, June 2, 2012

Senapang mainan diperbuat dari kayu

Senapang mainan diperbuat dari kayu. Hanya menggunakan getah gelang sebagai peluru. Tidak membahayakan. Boleh digunakan untuk diletakkan sebagai perhiasan di rumah atau menembak cicak diatas siling. Rekaan yang cantik dan halus. Sesuai juga untuk permainan anak-anak .


Gelang getah diatas sebagai peluru.



Mudah digunakan. Tak perlu memiliki lesen untuk memiliki senapang ini.

Video senapang mainan yang dicuba oleh admin
Harga Promosi : RM 30 seunit siap pos.
 Harga hanya sah sehingga 30 Jun 2012. Harga akan disemak semula selepas bulan Jun 2012.

Replika gitar kecil

Sebelum terkeliru, replika gitar ni adalah kecil dan ala-ala mainan. Sesuai untuk diletakkan sebagai hiasan di hadapan meja kerja dalam kabinet. Saiz lebih kurang besar tangan sahaja. Rujuk gambar di bawah ni.


Harga Promosi : RM20 seunit siap pos

Hanya sah sehingga 30 Jun 2012. Harga akan disemak semula pada bulan Julai ini. Tapi memang tak dapatlah harga RM20 ni. Jadi cepat-cepatlah beli . 

Saturday, May 19, 2012

Belajar Menganyam Rotan

Adakah anda ingin mencari pendapatan tambahan atau mempunyai masa terluang yang banyak. Apakata jadikan menganyam kraftangan rotan kepada hobi baru anda. Terfikirkah anda bahawa anda mampu menganyam bahan kraftangan rotan seperti yang dijual di galeri kraftangan, dikedai atau dimana-mana sahaja.
Menganyam kraftangan itu susah, hanya yang berbakat sahaja mampu membuatnya. Itu antara persepsi kita bila dinyatakan pasal menganyam kraftangan ini. Persepsi ini tidak benar kerana semua boleh melakukannya. Yang cukup menariknya, anyaman bakul rotan berpotensi untuk dijadikan pendapatan sampingan, malahan ada yang berjaya menjadikan ia sebagai pendapatan utama.
Anda tidak yakin dengan perniagaan kraftangan terutamanya produk bakul rotan? Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran anda. Cuba lihat kenyataan akhbar ini

“Penghasilan produk kraftangan secara komersial dapat menjana pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara – Oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali”
Sumber: Kosmo Online, 14 Mac 2011



Ini membuktikan betapa produk kraftangan mampu menjana pendapatan yang baik sekiranya diusahakan dengan sistematik dan bersungguh-sungguh. Produk kraftangan juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri menyebabkan harganya sedikit tinggi berbanding bakul plastik di pasaraya.  

Cuba lihat gambar diatas betapa banyaknya produk-produk anyaman yang dihasilkan dari rotan. Ini menunjukkan potensi yang besar dalam produk anyaman rotan ni. 

Adakah anda sudah minat untuk belajar menganyam rotan ? Klik gambar dibawah untuk mendapatkan panduan 




p/s :- Sekiranya anda telah berjaya menganyam rotan tersebut dan ingin menjual, pihak kedaikraft sudi bekerjasama dari segi promosi jualan produk melalui blog ini dan facebook page 'Craftzee'. 

Sunday, February 5, 2012

Keychain menarik

Keychain boleh digunakan untuk kegunaan harian bagi meletak kunci-kunci. keychain bentuk kayu.

Kod Produk : KEYSP
Keychain siput . Seunit RM2.50 (Minimum pembelian 4 unit)
Pembelian melebihi dari 50 unit akan mendapat *diskaun hebat.


Kod Produk :KEYC
Keychain spongebob, mickey mouse dan kartun budak perempuan  Seunit RM2.00 (Minimum pembelian 5 unit)
Pembelian melebihi dari 50 unit akan mendapat *diskaun hebat.


* Penghantaran akan melalui kourier. Tiada sebarang caj penghantaran dikenakan.



* Diskaun hanya diberikan kepada pembeli yang betul-betul berminat dengan pembelian banyak sahaja.

Saturday, February 4, 2012

Replika Motosikal


Replika Motosikal comel. Diperbuat dari kayu. Sesuai dijadikan hiasan di almari rumah anda..
Atau dijadikan koleksi pemandangan di meja komputer. Mampu memberi inspirasi ketika berkarya.
Memang cukup klasik. Sesuai untuk dijadikan hadiah sebagai cenderahati..









Kod : RMOTO
Harga : RM 30

Untuk membeli sila isikan borang tersebut atau emel ke kedaikraft @gmail.com
Barang akan dihantar secara kourier dan akan tiba 1-2 hari selepas pembayaran diterima..

Friday, November 25, 2011

Capal Kuning Terhad


Capal Kuning kembali lagi. Stok terhad ...
Cantik dan sesuai untuk majlis keraian.
Warna kuning yang memang jarang dipakai oleh orang ramai. Pasti menjadi tarikan.
Saiz : 43 ( bersamaan saiz 6 bagi kasut biasa)

Ukuran
panjang 26 cm
lebar depan jari 10 cm
lebar belakang 9 cm

Kod CK (LE)
Harga RM60


Monday, November 21, 2011

Beg kraftangan ( 21.11.2011 )


Beg Pandan Bunga : RM 50
1 set besar dan kecil
Sesuai untuk dibawa ke majlis kenduri kendara atau ke majlis rasmi. ELegan dan klasik














Beg Pandan Bunga : RM 50
1 set besar dan kecilSesuai untuk dibawa ke majlis kenduri kendara atau ke majlis rasmi. ELegan dan klasik












Beg Tas Pandan : RM30
Sesuai untuk dibawa ke majlis-majlis kenduri.




Boleh dibawa untuk ke kedai pada hari Sabtu. Sesuai untuk dihadiahkan pada majlis kenduri kendara.
Boleh juga digunakan untuk isi telekung atau meletakkan wallet.

Habis dijual






Beg bulat pandan bersulam. Unik dengan bentuk bulat.
Harga : RM50










Untuk pembelian sila isikan borang disebelah. Barang adalah terhad..

Sunday, September 25, 2011

Replika mini pedang Samurai 2

Ini design baru untuk replika mini pedang samurai.Saiznya agak berbeza dengan replika mini pedang samurai sebelum ini. Lebih besar dan pemegangnya dibuat dari kayu yang menampakkan ciri-ciri klasiknya.. Sesuai untuk dijadikan cenderahati kepada rakan-rakan atau menjadi hiasan di meja, almari dan apa tempat. Malahan boleh dijadikan sebagai bahan ala-ala senjata walaupun ianya tidak tajam dan tidak boleh dijadikan senjata.


Harga : RM35.00 seunit
Caj penghantaran :RM10.00 (dihantar guna kourier Skynet - 1-2 hari sampai bagi semenanjung).
Berminat sila hantar emel ke  kedaikraft [at] gmail.com gantikan [at] dengan @.  Replika mini pedang samurai perlu disemak stok sebelum transaksi disahkan. Harga boleh dirunding jika beli lebih dari 5 unit

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Monday, August 1, 2011

Beg Pandan a.k.a Beg Mengkuang

Sebelum ini beg ini saya namakan beg mengkuang namun telah dibetulkan. Ianya sebenarnya beg pandan. Stok baru tiba tapi saya hanya ambil set sedang sahaja. Tak ambil yang kecil dan besar.
Saiz :
33cm panjang x 10 cm lebar x 27cm tinggi beg x 18 cm tinggi pemegang

Ada 10 unit sahaja dalam simpanan. Kalau mendapat tempahan, insyallah akan ambil banyak lagi..

Kod BPH 



Kod BPCL


Kod BPPple


Kod BPM


Kod BPOr


Kod BPCH

------------------------------------------------------------------------

Ada 2 saiz
35cm panjang x 15 cm lebar x 30cm tinggi beg x 18 cm tinggi pemegang
Harga : RM 16 seunit (besar)
28cm panjang x 8 cm lebar x 24cm tinggi beg x 15 cm tinggi pemegang
Harga : RM12 seunit (kecil)

Diskaun hanya akan diberikan bagi pembelian lebih dari 30 unit.
Kos Penghantaran : RM 10 kurang dari 5 unit.
Mereka yang tinggal di Melaka, Tangkak, Muar penghantaran terus boleh dilakukan.
Untuk tempahan, boleh gunakan borang di atas

Friday, July 8, 2011

Kotak kayu

Mencari kotak kayu yang cantik untuk meletakkan cincin hantaran? Atau ingin mencari kotak kayu hiasan di rumah? Cuba anda dapatkan kotak ala-ala peti harta karun yang comel dan cantik ini. Diperbuat daripada kayu dengan rekabentuk yang menarik...

Sesuai untuk meletakkan hantaran kahwin seperti cincin atau duit hantaran. Juga boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang kenangan, rantai dan peralatan hiasan.




KOD PRODUK :
KK0001


Harga :RM50.00  (ada 3 kotak didalamnya , besar, sedang dan kecil).
Saiznya 1 1/2 tapak tangan panjang dan 1/2 tangan..Caj penghantaran :RM10.00 < 4 kotak  (dihantar guna kourier Skynet - 1-2 hari sampai bagi semenanjung).Lebih dari 4 kotak 0.50 bagi setiap kotak seterusnya.
Berminat sila hantar emel ke kedaikraft [at] gmail.com gantikan [at] dengan @. Kotak kayu kraftangan perlu disemak stok sebelum transaksi disahkan. Harga boleh dirunding jika beli lebih dari 5 unit

Wednesday, July 6, 2011

Replika mini pedang samurai

Pedang samurai merupakan lambang kemegahan perwira Jepun. Di sini kami memiliki replika pedang samurai yang kecil dan selamat. Rekaannya hampir menyerupai pedang samurai yang sebenar. Saiznya hanya sebesar tapak tangan dan sesuai untuk diletakkan di meja sebagai hiasan mahupun sebagai kenang-kenangan.





Harga : RM30 seunit 

Harga : RM30.00 seunit
Caj penghantaran :RM10.00 (dihantar guna kourier Skynet - 1-2 hari sampai bagi semenanjung).
Berminat sila hantar emel ke  kedaikraft [at] gmail.com gantikan [at] dengan @.  Replika mini pedang samurai perlu disemak stok sebelum transaksi disahkan. Harga boleh dirunding jika beli lebih dari 5 unit

Friday, April 15, 2011

Beg ribbon dari jerami





Beg ribbon diperbuat dari jerami padi dan bahan-bahan mesra alam .
Terdapat dalam variasi 3 warna :-
Hijau, merah, coklat
KOD PRODUCT
BT 0001 ( warna)

Harga :
1 set (besar, sedang, kecil ) = RM 50.00

Tanpa set
Kecil = RM 12.00
Sedang = RM 18.00
Besar = RM25.00

Untuk pembelian sila hubungi :- kedaikraft[at]gmail.com gantikan [at] dengan @
Zolar Enterprise (tm) . Craftzee (c). Powered by Blogger.