Etsy.com - Laman web bahan kraftangan terkemuka
Kali ini saya ingin memperkenalkan laman web bahan kraftangan atau sebarang benda yang dibuat melalui hasil tangan terkemuka iaitu Etsy.com. Laman web ini mempunyai pelbagai kategori yang boleh dipilih untuk anda beli ataupun jual.
Laman web ini amat menarik bagi mencari atau menjual barang-barang buatan sendiri atau kenalan. Yang pasti ianya adalah hasil tangan. Pihak kedaikraft juga sedang dalam perancangan untuk memiliki sebuah kedai online di sana memandangkan prospek online adalah tinggi.
Cuma buat masa ini pihak kami sedang menumpukan usaha untuk mencari modal bagi memastikan projek ini berjaya. Jika anda berminat boleh melawat laman web ini di alamat http://etsy.com
