Banner Khas


Banner rasmi khas untuk kedaikraft Lihat Statistik
BUAT MASA INI TEMPAHAN DITUTUP SEMENTARA. SILA LIHAT CRAFTZEE UNTUK MELIHAT PRODUK YANG DIJUAL .

Saturday, May 19, 2012

Belajar Menganyam Rotan

Adakah anda ingin mencari pendapatan tambahan atau mempunyai masa terluang yang banyak. Apakata jadikan menganyam kraftangan rotan kepada hobi baru anda. Terfikirkah anda bahawa anda mampu menganyam bahan kraftangan rotan seperti yang dijual di galeri kraftangan, dikedai atau dimana-mana sahaja.
Menganyam kraftangan itu susah, hanya yang berbakat sahaja mampu membuatnya. Itu antara persepsi kita bila dinyatakan pasal menganyam kraftangan ini. Persepsi ini tidak benar kerana semua boleh melakukannya. Yang cukup menariknya, anyaman bakul rotan berpotensi untuk dijadikan pendapatan sampingan, malahan ada yang berjaya menjadikan ia sebagai pendapatan utama.
Anda tidak yakin dengan perniagaan kraftangan terutamanya produk bakul rotan? Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran anda. Cuba lihat kenyataan akhbar ini

“Penghasilan produk kraftangan secara komersial dapat menjana pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara – Oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali”
Sumber: Kosmo Online, 14 Mac 2011



Ini membuktikan betapa produk kraftangan mampu menjana pendapatan yang baik sekiranya diusahakan dengan sistematik dan bersungguh-sungguh. Produk kraftangan juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri menyebabkan harganya sedikit tinggi berbanding bakul plastik di pasaraya.  

Cuba lihat gambar diatas betapa banyaknya produk-produk anyaman yang dihasilkan dari rotan. Ini menunjukkan potensi yang besar dalam produk anyaman rotan ni. 

Adakah anda sudah minat untuk belajar menganyam rotan ? Klik gambar dibawah untuk mendapatkan panduan 




p/s :- Sekiranya anda telah berjaya menganyam rotan tersebut dan ingin menjual, pihak kedaikraft sudi bekerjasama dari segi promosi jualan produk melalui blog ini dan facebook page 'Craftzee'

Zolar Enterprise (tm) . Craftzee (c). Powered by Blogger.