Banner Khas


Banner rasmi khas untuk kedaikraft Lihat Statistik
BUAT MASA INI TEMPAHAN DITUTUP SEMENTARA. SILA LIHAT CRAFTZEE UNTUK MELIHAT PRODUK YANG DIJUAL .

Sunday, December 16, 2012

Cara buat kraftangan penguin comel

Selepas mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Craftzee, blog ini bukan hanya memfokuskan kepada penjualan produk kraftangan sendiri sebaliknya akan berkongsi beberapa perkara berkaitan kraftangan. Untuk entri ini pihak kami berkongsi satu kraftangan penguin yang comel. 

 Bahan yang diperlukan :- 
1. Botol minuman plastik  
2. Cat warna (watercolour)
        3. Kain 

Cuba lihat kaedahnya melalui gambar ni 


Memang cute kan, kraftangan ni. Boleh dijual kalau anda bijak memasarkannya.Untuk makluman anda, kraftangan ini kami jumpa di internet dan jujurnya kami masih belum mencubanya lagi. Tapi saya yakin anda boleh. * Craftzee adalah nama page fb page bagi kami. Untuk dapat info terkini, sila like fb Craftzee

Friday, December 14, 2012

Beg Pandan Bunga telah dihantar

Beg pandan bunga telah dihantar ke Sarawak melalui poslaju. Memang tiada untung dalam transaksi ni.


Wednesday, December 12, 2012

Pakej Harga Habis Stok



Harga gila runtuh. Takkan dapat harga ni di mana-mana kecuali penjual nak habiskan stok dan tak fikir untung.
(Pakej harga habis stok telah ditutup pada 12 Januari 2013. Harga kembali ke asal)

Beg Pandan Bunga (2 set)
Harga Penghabisan Stok November : RM50
Harga Habiskan Stok : RM20
Anda Untung : RM30 (TELAH JUAL)
Harga Kotak Kayu asal : RM50
Harga Beg Pandan : RM10
Harga Caj Penghantaran : RM10
Pakej Beg Pandan + Kotak Kayu : RM40 RM 
Anda Untung :RM40 


Beg Pandan (1 set)
Harga Penghabisan Stok
Besar + Kecil : RM15
Harga Habiskan Stok : RM10
Anda Untung : RM5



** Terhad untuk  stok yang masih Ada

Berminat cepat isi borang tempahan atau hantar emel ke kedaikraft@gmail.com

Thursday, November 1, 2012

Hantar Beg Pandan Bulat dan Replika Samurai

Penghujung Oktober 2012, berjaya menjual beg pandan bulat dan replika samurai untuk jualan penghabisan stok November 2012. Penghantaran menggunakan kourier Skynet dan bayaran kos penghantaran adalah RM23.00. Caj penghantaran adalah mengikut saiz kotak yang digunakan iaitu 49 cm (l)x 39 (b) cm x 27(h) cm.
Pembayaran telah dilakukan oleh pembeli pada 31 Oktober 2012 sebanyak RM40.00. Kalau diikutkan harga pembelian dan kos yang ditanggung memang terdapat kerugian disitu dan pembeli memang mendapat keuntungan lebih. Tapi tak mengapa kerana saya ingin menghabiskan stok-stok lama ini.

Sedikit gambar berkaitan transaksi

Beg Pandan dan replika samurai yang dihantar


Kotak yang digunakan untuk menghantar barang. Bukan komputer dalam ni


Tracking ID dari skynet

Tracking ID baru di collect di Melaka.. Insyaallah esok tiba ke destinasi.









Friday, August 31, 2012

Jualan penghabisan stok November 2012

Salam 1Malaysia,

Kedaikraft sedang dalam proses untuk menghabiskan stok lama  yang ada. Jadi, bila jualan nak habiskan stok pasti harga yang akan diberi pasti menguntungkan anda semua. Berikut merupakan barang-barang yang termasuk dalam senarai itu :-

1) Beg Pandan Bunga
Sesuai dibawa untuk majlis-majlis. Cantik dan unik.




Harga Biasa : 
1 beg : RM50

Harga jualan stok : RM40 ( 3 set beg. 2 besar 1 kecil). 
Saiz Beg panjang 45 cm x 15 cm lebar x 30 cm
Kos Penghantaran : RM10


2. Beg pandan bulat
Cantik untuk dibawa ke majlis-majlis.



Harga biasa : RM50

Harga habis stok : RM20 ( 2 beg, besar dan sedang)
Saiz Beg panjang 40 cm x 18cm lebar x 30 cm
Kos Penghantaran : RM10

( Telah selesai.. )

3. Replika Samurai


Harga biasa : RM30 seunit

Harga habis stok : RM10 ( hanya untuk satu unit dalam stok sahaja)
Kos Penghantaran : RM10

(Telah Selesai)


4. Beg pandan


Harga Biasa :
Besar : RM16
Kecil : RM12

Saiz :
33cm panjang x 10 cm lebar x 27cm tinggi beg x 18 cm tinggi pemegang

Harga Habis Stok
Besar + Kecil : RM15 
Kos Penghantaran : RM10 (tak kira berapa kuantiti asalkan kurang dari 10 unit..)


Tinggal 10 set sahaja lagi



Sila isikan borang atau hantar emel kepada kedaikraft@gmail.com. Cepat!! Akan dipromosi juga di facebook dan mungkin ramai yang berkenan tu..







Sunday, July 22, 2012

Etsy.com - Laman web bahan kraftangan terkemuka

Kali ini saya ingin memperkenalkan laman web bahan kraftangan atau sebarang benda yang dibuat melalui hasil tangan terkemuka iaitu Etsy.com. Laman web ini mempunyai pelbagai kategori yang boleh dipilih untuk anda beli ataupun jual. Laman web ini amat menarik bagi mencari atau menjual barang-barang buatan sendiri atau kenalan. Yang pasti ianya adalah hasil tangan. Pihak kedaikraft juga sedang dalam perancangan untuk memiliki sebuah kedai online di sana memandangkan prospek online adalah tinggi. Cuma buat masa ini pihak kami sedang menumpukan usaha untuk mencari modal bagi memastikan projek ini berjaya. Jika anda berminat boleh melawat laman web ini di alamat http://etsy.com

Saturday, June 2, 2012

Senapang mainan diperbuat dari kayu

Senapang mainan diperbuat dari kayu. Hanya menggunakan getah gelang sebagai peluru. Tidak membahayakan. Boleh digunakan untuk diletakkan sebagai perhiasan di rumah atau menembak cicak diatas siling. Rekaan yang cantik dan halus. Sesuai juga untuk permainan anak-anak .


Gelang getah diatas sebagai peluru.



Mudah digunakan. Tak perlu memiliki lesen untuk memiliki senapang ini.

Video senapang mainan yang dicuba oleh admin
Harga Promosi : RM 30 seunit siap pos.
 Harga hanya sah sehingga 30 Jun 2012. Harga akan disemak semula selepas bulan Jun 2012.

Zolar Enterprise (tm) . Craftzee (c). Powered by Blogger.